:: Afizan + Sabrina = Afiq Fotopages ::
Lilypie 1st Birthday Ticker
By: SaBriNa AbD MaLek

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 17-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Langkawi - day 4

syok betul anak mama ni tido
macam tak nak balik je
afiq nie mcm chef ..hihi
View all 10 photos...
Hari terakhir kat Langkawi, so kami just jalan2 kat Pekan Kuah sebab dah tak tahu nak pergi mana. Sempat pergi lepak2 kat Pantai Tengkorak. Flight balik pukul 10.50pm. Lastly, we really had fun at Langkawi. To me, walaupun cuaca asyik hujan je but at least kita dah sampai Langkawi..hihihihi.

Kat airport..syoknyerr dia tido..


Wednesday, 16-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Langkawi - day 3

after bfast, posing jap ngan afiq kat pool
Dataran Lang, here we come!
mama afiq yg tembam..sedihnya..
View all 17 photos...
Aktiviti hari ke-3:
1. Dataran Lang - wow..besarnya helang!!!! hihihi. apa lagi posing ler...sebelum pergi ke helang tu kami lepak kat tepi laut n then posing kat dataran lang tu hujan lebat turun. So berlari ke kedai2 dekat situ. My parents plan nak pergi Tasik Dayang Bunting but tak jadi sebab hujan lebat. Bila hujan dah reda, kami berjln di mall berdekatan, seperti biasa shopping.
2. Pasir Hitam - Masa nie dah penat sgt, just my parents yg pergi ke pantai nak tengok pasir hitam tu but kita ngan bb lepak kat kedai2 dekat situ sbb dah malas nak turun ke pantai. Abah ada bawa pasir tu balik so dapat la tgk pasir hitam tu.
3. Kemudian balik hotel sebab abg ngan abah nak pergi swimming. Kita x join sama sebab dah x larat so lepak ngan mak n bb kat bilik tgk citer Izora.

At Dataran Lang







Tuesday, 15-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Langkawi - Day 2

lena tido
 
 
View all 44 photos...
Aktiviti hari ke-2:
1. Pergi Telaga Harbour - Tiada yang menarik, just posing sakan je depan bot2 mat saleh yang kaya kat sini. Bestkan kalau ada bot sendiri. Posing kat The Loaf, Bakery and Bistro, abg bgtau ianya milik Tun Mahathir, nampak mcm menarik but kami tak masuk pun.hihihihi.
2. Naik Cabel Car - Nasib baik buka, sebab hari ni hujan so ingatkan tutup. Hati kita excited nak naik but bila dah naik kita la yang paling gayat, asyik menjerit je bila cabel car tu bergoyang. Afiq pulak syok je tido masa naik, turun dia jaga but dia biasa je tak tau apa benda lagi kan. View dr atas mmg cantik, dpt gk Telaga Tujuh but kami x pergi sana sebab leceh nak panjat ngan bawa baby. Sampai atas x dapat naik ke jambatan tu sebab tutup akibat kabus tebal.
3. Pergi Beras Terbakar - Erm..x d yang menarik just sejarah macamana beras terbakar terjadi. So dpt tgk sepinggan beras yang terbakar n rumah penghulu yg cantik. Sepanjang jalan nak ke tmpt ni, byk kedai kain n baju. My parents yg borong sakan baju n minyak.
4. Pergi Makam Mahsuri & Perkampungan Kedah - Tempat sejarah kematian Mahsuri. Masuk muzium Mahsuri, tinggalkan Afiq kat luar sbb staf muzium tu nak bermain ngan Afiq. Suka tol Afiq kat diaorg. So lepas tu kami semua balik ke hotel untuk swimming. Tapi just mama n papa je swim, afiq lepak ngan atok n wan kat bilik.

At Telaga Harbour


My hero


At Perkampungan Kedah, Makam Mahsuri




Monday, 14-Jul-2008 04:15 Email | Share | | Bookmark
Langkawi - day 1

masa ni dah sampai langkawi
kami sempat berposing lagi
ni bukti dah sampai Langkawi..hihihi
View all 6 photos...
I know im late to update about our vacation at Langkawi. Sorry guys, lately kita busy ngan keje n layan si kecik sorang tu. You know, kita ni 1st time g Langkawi, so very excited nak pergi sana (include my son yg asyik gelak2 n jerit2 tanda gembira kot dpt jln n naik k.terbang). Abg lak last pergi sana masa umur 10 tahun so ibarat tak pergi juga la sebab dah lama lebih kurang 18thn yg lepas. I booking air asia ticket ni since i'm pregnant lagi so nak x nak mmg confirm akan g kan..huhuhu. Flight kami pukul 6.50pm n sampai sana around 1 hour. Malam tu tak pergi jln mana, just dinner kat area dekat hotel. To me makan malam tu mahal sikit padahal makan biasa je. Its ok, sbb baru 1st day kan. Bab hotel lak, sgt la kecewa sbb x secantik harganya. Kami stay kat Aseania Beach Resort. Luar cantik but the room is standad Seri Malaysia yg lama. Bath tub x d, so mandikan afiq kat lantai je..sian dia sejuk. tapi si kecik tu enjoy je mandi kat lantai sbb dia mmg suka mandi.

My hero


Sunday, 22-Jun-2008 07:23 Email | Share | | Bookmark
Betapa kuatnya semangat anakku

Lama x update fp nie. Sorry cos busy ngan keje. Just to inform viewer n friends yg my son Afiq kena admit kat Putra Specialist Hospital 22 Jun yang lepas cos got hernia. So dia kena operate kat usus yang berlubang yang direct to his bird. Kesian sgt masa tu coz pukul 12am afiq kena puasa sampai operation kul 8.30am and after operation kul 11.30am still kena puasa lagi 5 jam. Doktor lakukan operation n sunatkan dia sekali. bayangkan la, baby yang x sampai lagi 3 bulan untuk hadapi semua nie, sampaikan suara dia serak sebab menangis yg tak henti2. So far, skang nie afiq bertambah baik n sihat. I'm pround with my son. Semangat dia kuat untuk menangung kesakitan ini. Mama n papa doakan afiq bertambah sihat. Tak de gambar afiq kat hospital cos I x sanggup nak ambil gambar dia masa tu. Thank to friends yg dtg visit n doakan kesejahteraan n kesihatan afiq.

Apa itu hernia?
Hernia adalah penyakit/alahan biasa untuk kaum lelaki. Masa baby, kedudukan bird berada dalam badan baby. Bila baby matang dan samapai satu tahap tertentu, bird tersebut akan keluar dari badan baby melalui satu saluran di usus. Normally saluran tersebut akan tertutup semula bila bird completed keluar. Tapi kes Afiq ni saluran tu tak tertutup semula, so everything yg lalu melalui saluran tersebut akan masuk ke bird. Itu yang menyebabkan bird baby akan bengkak n surut. Benda ni berlalu on off. Kejap bengkak kejap surut. So operation perlu dilakukan bagi menutup lubang di saluran tersebut.

Latest info about Afiq.
Thanks to all friend n viewer yg bg komen dan yg dtg visit juga yg mendoakan kesejahteraan n kesihatan untuk Afiq. Alhamdulillah Afia skang makin sihat n fully recovered. Jahitan dia pun dah baik. Skang nie Afiq dah tak menangis lagi (sebelum nie selalu nangis, ingatkan dia kembung rupanya hernia yg sebabkan perut jadi senak). Now, dia makin rancak berborak n kicking. Dia pun dah pandai cam suara mama n papa dia. Sebut je nama, dia toleh cari kita. Paling gembira bila tgk dia senyum. Syukur alhamdulillah semuanya dah baik. For ur info semua, next week mama n papa bawa Afiq jalan2 kat Langkawi (actually mama dia baru 1st time nak g sana, hahaha). So pls wait for latest pic of Afiq k !!! Afiq love u'll.


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net